Penglibatan Awal Azizan Ariffin

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM menamatkan latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja dengan jayanya, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 16 April 1971 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan Kawalan Trafik Udara di Australia pada tahun 1971 dan 1973. Jawatan pertama beliau dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebagai Pegawai Trafik Udara. Antaranya di JATCC Paya Lebar Airport Singapore dan Pangkalan Udara Kuantan.